| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ceramah Sempena Aidil Adha Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2018

Pada 14 Ogos 2018 bersamaan 02 ZULHIJJAH 1439H, Unit Agama Islam Penjara Kajang telah mengadakan Ceramah Sempena Aidil Adha Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2018 bertajuk ?Erti Pengorbanan?. Majlis ini telah diadakan di Surau At-Taqwa Penjara Kajang dan seramai 327 orang penghuni telah terlibat. Ianya bermula pada jam 09.30 pagi yang dimulai dengan solat dhuha dan zikir tarekat diikuti dengan ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Husni Bin Abd Rahman dari PPZ (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan). Hadir bersama Ketua Unit PPI iaitu KIP Shahril Bin Yahya, pegawai unit agama dan anggota unit PPI. Program ini merupakan cara untuk memantapkan lagi ilmu dan jati diri penghuni dalam menempuh cabaran harian disamping menghayati keberkatan bulan Zulhijah yang ada di dalamnya sambutan Aidil Adha.


""