| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Praktikal Ibadah Haji Dan Ceramah Korban Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu 2018

Pada 15 dan 16 Ogos 2018 Unit Pemulihan (Agama) Penjara Pusat Kota Kinabalu telah mengadakan Program Praktikal Ibadah Haji dan Ceramah Ibadah Korban. Program ini melibatkan 150 orang banduan dan 15 orang Pegawai. Program dimulai dengan praktikal Ibadah Haji pada jam 09.00-11.30 pagi pada 15 Ogos 2018 dengan mengerjakan Rukun-Rukun Haji, Wajib Haji serta Sunat-Sunatnya yang dibimbing oleh Pegawai-Pegawai Unit Agama Islam Penjara Pusat Kota Kinabalu. Seterusnya pada 10.00-12.00 tengahari pada 16 Ogos 2018 majlis diteruskan lagi dengan Ceramah Agama yang disampaikan oleh Ustaz Harun Tafsir, Pegawai Agama kepada mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Program tersebut diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman penghuni tentang rukun Islam yang ke ? 5 (menunaikan haji) dan memberi kesedaran kepada penghuni untuk berkorban demi keluarga bangsa dan juga negara.


""