| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Khatam Al-Quran Banduan Akhir Penjara Kajang 2018

Pada 08 Ogos 2018 (26 Zulkaedah 1439H), Unit Agama Islam Penjara Kajang telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Banduan Akhir Penjara Kajang 2018. Majlis ini telah diadakan di Dewan (AB) Penjara Kajang. Seramai 70 orang Banduan Akhir telah menyertai majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran, kemudian ianya diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Hasnol Bin Abu Bakar dari Unit Insaniah, Majlis Sukan Negara. Turut hadir pada majlis ini ialah PP Zakaria Bin Mat Jusoh,Ketua Unit Agama Islam dan penolong ketua Unit PPI. Jamuan istimewa juga disediakan kepada banduan dan majlis  berakhir pada jam 12.00 tengahari.


""