| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Tenpin Boling Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2018

Pada 27 hingga 29 Julai 2018 telah berlangsung Kejohanan Tenpin Boling Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2018 yang dikelola oleh  Penjara Negeri  Johor. Kejohanan  ini telah diadakan di Lite Superbowl JB, Pelangi Leisure Mall, Johor Bahru, Johor yang telah disertai oleh 14 pasukan iaitu Johor A, Johor B, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor A, Selangor B, Pahang A, Pahang B, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Kelantan dan Sabah.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YBhg. KJP Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar merangkap Yang DiPertua Majlis Sukan Penjara Malaysia. Pemenang Kategori Lelaki, Johan - Selangor A, Naib Johan - Johor B, Tempat Ketiga - Perak dan Tempat Ke Empat - Selangor B  manakala Kategori Wanita, Johan - Selangor A, Naib Johan - Perak, Tempat Ketiga - Pulau Pinang dan Tempat Ke Empat - Selangor B. Pasukan Selangor ? A ? telah muncul Johan Keseluruhan Kejohanan Tenpin Boling Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2018.


""