| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Melaka 2018 Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke -61

Sempena Majlis Perhimpunan Kerajaan Negeri Melaka Bil 8/2018 diadakan pada 06.08.2018 (Isnin) yang dikendalikan oleh Jabatan Penjara Negeri Melaka selaku tuan rumah turut diadakan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke- 61 yang bakal disambut pada 31 Ogos 2018. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Haji Adly bin Zahari Ketua Menteri Melaka dengan meletakkan jalur gemilang pada tempat yang telah disediakan sebagai gimik pelancaran sambutan tersebut. Pada majlis tersebut YAB Ketua Menteri turut menyampaikan jalur gemilang kepada Exco-Exco Kerajaan Negeri, Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan dan Negeri. Jemputan yang hadir telah dihiburkan dengan Deklamasi Sajak Kemerdekaan bertajuk ?Ayahku Seorang Penjual Roti? yang telah disampaikan oleh anak kakitangan iaitu saudari Ibtisham binti Sashim@Hashim yang telah memenangi Pertandingan Deklamasi Sayembara Puisi Peringkat Rantau Asia Tahun 2018 sambil dibantu oleh persembahan pentomin dari S.H.G Telok Mas. Lagu tema hari kebangsaan ke 61 iaitu Sayangi Malaysia ( Kita Punya Malaysia ) turut bergema pada sambutan tersebut bersama dengan lagu Jalur gemilang, tanggal 31 dan lagu-lagu patriotik sambil diringi oleh tarian dari ?Prison Stopper? Jabatan Penjara Malaysia.  Di akhir majlis tersebut YAB ketua Menteri Melaka telah melekatkan pelekat jalur gemilang pada kenderaan Jabatan.


""