| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Serah Dan Terima Tugas Pengarah Penjara Pusat Sibu

Pada 27 Julai 2018, telah berlangsung Majlis Serah dan Terima Tugas Pengarah Penjara Pusat Sibu di antara PKP Bismillah Bin Abang Masra dengan PP Mohamad Jusoh Bin Ismail. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran TKP Ajidin Bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak sebagai saksi bagi Upacara Serah Dan Terima Tugas tersebut. Turut hadir sama menyaksikan Majlis Serah Dan Terima Tugas Pengarah Penjara Pusat Sibu ialah Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Sarawak dan Pengerusi PERSIAP Penjara Negeri Sarawak serta ahli-ahli PERSIAP Penjara Pusat Sibu.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bakti Setia serta majlis menandatangani Dokumen Serah Dan Terima Tugas, seterusnya Penyerahan Tongkat Kuasa kepada PP Mohd Jusoh Bin Ismail sebagai Pemangku Pengarah Penjara Pusat Sibu. Majlis di akhiri dengan Pemeriksaan Kawalan Suku oleh PKP Bismillah Bin Abang Masra.


""