| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pelancaran Menanam Pokok Buah-Buahan 1 Pokok 1 Anggota Penjara Tawau, Penyerahan Sijil Bess Dan Sijil Halal

Pada 8 Disember 2018 (Sabtu), bertempat di perkarangan Gelanggang Bola Tampar Penjara Tawau, telah diadakan Program Pelancaran Menanam Pokok Buah-Buahan 1 Pokok 1 Anggota Penjara Tawau, Penyerahan Sijil BeSS dan Sijil Halal. Majlis diserikan lagi dengan ucapan Yang Dihormati Pengarah Penjara Tawau, PKK Faisal Bin Mohamed Noor dan seterusnya ucapan daripada wakil Menteri Kewangan Negeri Sabah, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.58 Merotai, Tuan Mohd Fadly Firdaus Bin Durahim dan seterusnya merasmikan program tersebut.

Majlis penyerahan Sijil BeSS disempurnakan oleh Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau Dr. G Navindran manakala Sijil Halal oleh Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Dan Informasi Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Ustaz Adam Abd Hai kepada Pengarah Penjara Negeri Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan TKP Suria Bin Haji Idris. Kemuncak Program diteruskan dengan Pelancaran Menanam Pokok Buah-Buahan 1 Pokok 1 Anggota di Institusi Penjara Tawau Oleh Wakil YB, Tuan Mohd Fadly Firdaus Bin Durahim, TKP Suria Bin Haji Idris dan PKK Faisal Bin Mohamed Noor.


""