| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penghuni Penjara Kajang 1440H

Pada 27 November 2018 (Selasa) bersamaan 19 Rabiul Awal 1440H, Unit Agama Islam Penjara Kajang telah menganjurkan Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Penghuni Penjara Kajang 1440H. Program ini telah berlangsung di Pusat Pemantapan Kerohanian (PPK), Penjara Utama Kajang. Majlis dimulai dengan perarakan seramai 180 penghuni yang mewakili blok penempatan masing-masing yang bermula dari padang utama menuju ke khemah program di PPK. Majlis diteruskan dengan Ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Jaafar Bin Salleh dari Persatuan An-Nida? Malaysia. Turut hadir pada majlis ini KIP Shahril Bin Yahya (Ketua Unit PPI), Ketua Unit Agama dan jawatankuasa terlibat. Antara pengisian majlis ialah pertandingan sepanduk, pertandingan hafazan, taddarus yang mengambil sirah perjuangan nabi dalam membina jatidiri dan istiqamah dalam melakukan perubahan diri. Seramai keseluruhannya698 penghuni yang terlibat dengan program dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan.



""