| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Angel Tree Sempena Sambutan Hari Krismas Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu 2018

Pada 06hb Disember 2018 (Khamis) ? Bertempat di Dewan Mini Penjara Pusat Kota Kinabalu. Unit Pemulihan Dan Rawatan dengan kerjasama Unit Kebajikan Penjara, Unit Psikologi dan Pejabat Rekod Penjara Pusat Kota Kinabalu telah mengadakan Program Jalinan Kasih ?Angel Tree? sempena sambutan Hari Krismas tahun 2018. Seramai 35 orang penghuni telah terpilih dan 175 orang ahli keluarga hadir menjayakan program pada kali ini. Program telah diserikan dengan kehadiran PKK Zulkifli Bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, En. Cyril G. Liew, Pemimpin Kemajuan Masyarakat N19 Kepayan Wakil dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Jabatan Ketua Menteri, Dr. K H Tan, Patron Persatuan Persaudaraan Penjara Malaysia (Sabah), En. Prem Kumar, Pengawai Eksekutif Utama Persatuan Persaudaraan Penjara Malaysia (Sabah) dan rombongan, pegawai-pegawai kanan serta kakitangan Penjara Pusat Kota Kinabalu. Diantara pengisian program ialah persembahan koir dan persembahan nyayian oleh Buskers penghuni. Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada penghuni mengeratkan hubungan kekeluargaan, menyedarkan penghuni serta motivasi diri agar menjadi seorang insan yang berguna setelah dibebaskan kelak.


""