| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Gotong Royong Perangi Aedes Bersama Komuniti

06 Disember 2018 | Khamis | Masjid Jamek Al Amin, Tambun. Bertempat di Masjid Jamek Al Amin, Tambun Ipoh, telah diadakan satu Program Gotong Royong Mencegah Aedes Anjuran Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Perak bersama Pengerusi dan AJK Masjid Jamek Al Amin.

Tujuan utama program ini adalah untuk memupuk kesedaran masyarakat setempat tentang bahayanya wabak denggi di samping kerja-kerja kebersihan untuk mencegah tempat pembiakan nyamuk aedes.

Majlis turut disertai oleh pengerusi masjid jamek al amin, Yg. Bhg. Dato' Hj. Mohd Rozi bin Puteh Ismail, AJK masjid, pegawai-pegawai parol daerah Kinta dan orang diparol (ODP) serta pesalah perintah kehadiran wajib (PKW) daerah Kinta, Perak.

Program bermula sekitar jam 9.00 pagi dengan melakukan kerja-kerja kebersihan dikawasan masjid dan sekitarnya.

Melalui program ini juga dapat memberi keyakinan kepada orang diparol (ODP) untuk kembali semula kepada masyarakat kelak.Majlis disudahi dengan jamuan makan sekitar jam 1.00 petang.


""