| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Tengah Tahun 2018

Pada 21 November 2018 (Rabu), Penjara Kajang telah menganjurkan Program Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Tengah bagi tahun 2018 bertempat di Dewan Kelab Penjara Kajang. Program ini melibatkan seramai  385 orang peserta dari pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan kolej sekitar Kajang. Program yang bermula dengan pendaftaran peserta dan tetamu pada 7.45 pagi diteruskan dengan pengisian empat slot psikodrama berkaitan ?Pilihan dan Harapan? yang lebih menghiburkan para hadirin dalam memahami mesej dan motivasi yang ingin disampaikan. Disamping itu juga terdapat ?booth? pameran daripada PDRM, AADK, IKM, bas pameran Jabatan Penjara dan sudut interaktif untuk pelajar. Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh YBhg. Dato? Sri Johny Ch?ng Ewe Gee (Pengerusi Projek Khas MCPF) yang turut dihadiri oleh KP Hj Darussalam Hj Budin (Pengarah Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) bersama TKP Hj Abdul Halim Bin Ma Hasan.  Program ini secara tidak langsung dapat memberi maklumat yang berguna kepada pelajar dan masyarakat dalam membantu jabatan menerajui perkhidmatan korektif dengan lebih berkesan.


""