| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka

Pada 21 Februari 2018 (Rabu), telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Ketua Institusi di Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Majlis dimulakan dengan upacara perarakan masuk tongkat kuasa pengarah diiringi pasukan "Beg Pipe" Sekolah Henry GUrney Telok Mas Melaka dan sesi tandatangan dokumen serah tugas daripada PP Mohd Saifullah Bin Md Akhir kepada PKP Noratimah Binti Abu Bakar disaksikan oleh KP Abdul Aziz Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka.

Turur hadir semua Ketua Institusi Penjara Negeri Melaka dan wakil serta warga kerja Pusat Koreksional Jasin. PKP Noratimah Binti Abu Bakar adalah Pengarah Pusat Koreksional Jasin yang kedua selepas persaraan mantan pengarah iaitu PKP Haji Arzaee Bin Abdullah.


""