| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Latihan Kecergasan dan Latihan SENTAP Penjara Pusat Sri Aman

Pada 26 Februari 2018 (Isnin), Unit Latihan, Penjara Pusat Sri Aman telah mengadakan Latihan Kecergasan dan Latihan SENTAP yang disertai oleh seramai (40) orang kakitangan Penjara Pusat Sri Aman. Pengisian latihan kecergasan diadakan adalah sesi senamrobik yang dikendalikan oleh KIP Caeser Barieng Ak Lawrence dan seterusnya Latihan SENTAP pula dijalankan oleh Unit Latihan yang dikendalikan oleh KPL Mohd Shukri Bin Boing dan KPL Mas Sofiandy Bin Masli. Objektif latihan ini dilaksanakan adalah memupuk kesedaran terhadap kepentingan kesihatan diri dan juga keselamatan diri semasa menjalankan tugas di dalam penjara.


""