| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Agung PERSIAP Cawangan Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Kali Ke-24

23 Februari 2018 ( Jumaat ) - Mesyuarat Agung PERSIAP Cawangan Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Kali Ke-24 telah diadakan di Rumah Kelab, Institusi Pemulihan Dadah Jelebu yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato? Haji Jalaluddin Bin Haji Alias, ADUN Pertang Merangkap EXCO Kerajaan Negeri Sembilan. Majlis ini juga turut dihadiri oleh PKK Hafidz Bin Othman Pengarah Penjara Negeri Sembilan dan PKP Fayrouz Bin Ahmad Zawawi Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu. Majlis perasmian tersebut diiringi oleh Kumpulan Chak Lempong dari Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu.

Selain itu juga, aktiviti yang dijalankan semasa majlis tersebut ialah Pertandingan Gubahan Kain Sampin dan Hiasan Pulut Kuning berserta Rendang yang diadili oleh Puan Fifiyanty Binti Abdul Manan Pengerusi PERSIAP Negeri Sembilan, Puan Zakiah Binti Mohamed Pengerusi PERSIAP Institusi Pemulihan Dadah Jelebu dan Puan Che Maheran Binti Che Ghani Naib Pengerusi PERSIAP Institusi Pemulihan Dadah Jelebu. Mesyuarat Agung PERSIAP Cawangan Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Kali Ke-24 diteruskan dengan dipengerusikan oleh Puan Zakiah Bin Mohamed, Pengerusi PERSIAP Institusi Pemulihan Dadah Jelebu.


""