| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih CNY Penghuni SHG Telok Mas Melaka

Pada 19 Februari 2018 (Isnin) bertempat di Dewan Seroja, Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah diadakan Program Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina. Seramai lima keluarga penghuni telah bersetuju untuk menyertai program ini. Objektif program adalah bertujuan melahirkan rasa kasih sayang dan mengeratkan jalinan dalam institusi kekeluargaan. PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah SHG Melaka serta pegawai kanan telah meluangkan masa beramah mesra bersama keluarga penghuni tersebut. Antara pengisian program ini ialah sambutan Tarian Naga dan pertandingan menghias kek bersama ahli keluarga.


""