| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Skuad Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Seberang Perai Utara Ke Muzium Penjara Malaysia Melaka

21 Februari 2018 ? Muzium Penjara Malaysia Melaka telah menerima lawatan seramai 40 orang daripada Skuad Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Lawatan ini diketuai oleh YB. Muhamad Yusoff bin Hj Mohd Noor, ADUN Kawasan Sungai Dua merangkap Pengerusi Skuad AADK Daerah Seberang Perai Utara dan YBhg. Dato? Ahmad bin Darus, Pegawai Khas Timbalan Menteri Luar Negeri Merangkap Pengerusi Jawatankuasa AADK Daerah Seberang Perai Utara. Taklimat awal telah diberikan oleh PP Mohd Rothman bin Bujang Pengarah Muzium Penjara Malaysia berkenaan sejarah penubuhan muzium, pengoperasian muzium dan matlamat muzium ini yang dibuka kepada orang awam. Para pelawat juga telah didedahkan dengan kesan dan akibat jika melakukan aktiviti jenayah dengan mengadakan demonstrasi sebatan rotan dan taklimat di pameran bilik pelaksanaan hukuman mati.


""