| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Azan Penghuni Penjara Seremban 2018

Pada 8 Februari 2018 (Khamis) bertempat di Surau Al-Ikhlas Penjara Seremban, telah diadakan Pertandingan Azan peringkat penghuni bermula pada jam 10.00 pagi. Seramai 20 orang penghuni telah mengambil bahagian di dalam pertandingan ini. Para peserta diuji dari sudut kelancaran, tarannum, lafaz azan yang betul, penampilan yang bersesuaian dan persembahan yang tersusun. Panel juri terdiri daripada Pegawai Agama Islam Penjara Seremban iaitu Ustaz Mohammad Nor bin Amran, Ustaz Muhammad Hazwan bin A Bakar dan Ustaz Mohd Fairuz bin Ismail. 3 orang penghuni yang memperoleh markah terbaik telah dipilih sebagai pemenang. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh PP Usman bin Mala, Timbalan Pengarah Penjara Seremban.


""