| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perhimpunan Bulanan Dan Mesyuarat Pengurusan Institusi Penjara Sarawak Bil.1 Tahun 2018

Majlis Perhimpunan Bulanan Penjara Negeri Sarawak telah diadakan pada 5 Februari 2018 (Isnin) yang bertempat di Dataran Dewan Gemilang Penjara Limbang. Perhimpunan bulanan ini telah dihadiri oleh Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Timbalan Komisioner  Ajidin Bin Haji Salleh serta Pengarah-Pengarah Institusi Negeri  Sarawak. Perbarisan dianggotai seramai 98 pegawai dan kakitangan Penjara Limbang telah diketuai oleh TPP Hasbullah. Aturcara majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan diteruskan dengan  sesi lafaz Ikrar Jabatan diketuai oleh PPP Mohd Radzuan Bin Osman. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar Pengarah Negeri Sarawak dan Pengarah ? Pengarah Institusi Penjara Sarawak bersama kakitangan.

Selesai Perhimpunan Bulanan, bertempat di Bilik Mesyuarat Nanga Medamit Limbang, Sarawak telah diadakan Mesyuarat Pengurusan Institusi Penjara Sarawak Bil. 1/2018 yang dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Institusi Negeri Sarawak.


""