| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Gotong-Royong Dan Kebersihan Kuarters Penjara Taiping

01 Januari 2018 ( Khamis ) Penjara Taiping, Program Gotong-Royong Peringkat Penjara Taiping telah diadakan bermula pada jam 8.00 pagi. Aturcara program dimulakan dengan semua kakitangan iatu seramai 30 anggota berkumpul di hadapan Penjara Taiping. Kakitangan yang terlibat yang telah menjayakan program tersebut adalah  melibatkan kakitangan beruniform dan awam. Objektif program tersebut adalah untuk memupuk semangat bergotong-royong, mengeratkan hubungan siratulrahim sesama anggota serta meningkatkan tahap kebersihan kawasan kuarters supaya bebas dari pelbagai wabak dan penyakit berjangkit seperti Denggi dan sebagainya. Ia juga bertujuan bagi mengindahkan suasana keceriaan di sekitar kuarters. Program ini diakhiri pada jam 12.00 tengahari serta jamuan makan tengahari.


""