| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Dan Mesyuarat Penempatan Banduan Akhir Penjara Taiping Oleh Pengarah Keselamatan Dan Inteligen

Pada 01 Februari 2018 ( Rabu ), 10.00 pagi Penjara Taiping, Perak telah menerima lawatan kerja oleh YDH Komisioner Penjara Ahmad Faudzi Bin Awang, Pengarah Keselamatan dan Inteligen. Lawatan kerja ini turut diiringi oleh TKP Tan Tiang Heng Pengarah Penjara Negeri Perak dan PKK Zaidi Hamid dari bahagian Seksyen Radikal. Rombongan disambut oleh PKK Charin Promwichit Pengarah Penjara Taiping serta Pegawai Kanan Penjara Taiping. Lawatan dan mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan penstrukturan semula dan kaedah yang terbaik dalam pengurusan harian banduan akhir sejajar dengan misi Jabatan Penjara Malaysia iaitu membentuk Insan Produktif Melalui Pemulihan Efektif, Persekitaran Kondusif dan Pengintegrasian Strategik. Perbincangan diantara pihak Bahagian Keselamatan dan Inteligen bersama pengurusan Penjara Taiping dapat membantu dalam memberi pendapat serta pandangan yang berkesan untuk kepentingan dan keselamatan penghuni khususnya bagi banduan akhir.Seterusnya lawatan ke blok penempatan penghuni telah diadakan  bagi melihat keadaan dan proses seharian penghuni. Mesyuarat diakhiri dengan tandatangan buku pelawat oleh YDH Komisioner Penjara Ahmad Faudzi Bin Awang, Pengarah Keselamatan dan Inteligen.


""