| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perhimpunan Bulanan Februari Dan Pemakaian Pangkat Peringkat Penjara Taiping

Pada 05 Februari 2018 ( Isnin ) Penjara Taiping telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Majlis Pemakaian Pangkat kepada Pegawai Kanan. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bakti Setia. Perbarisan telah diketuai oleh PPP Yaman bin Yaacob bersama Pegawai Kanan serta lain-lain pangkat dan kakitangan awam. Seterusnya majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat kepada 2 anggota berpangkat Inspektor Penjara dan penyampaian sijil penghargaan  bagi bulan februari kepada 3 orang anggota yang telah menunjuk prestasi cemerlang kepada jabatan khususnya Penjara Taiping. Majlis pemakaian pangkat dan sijil penghargaan    tersebut telah disempurnakan oleh PKK Charin Promwichit Pengarah Penjara Taiping. Dalam ucapan yang disampaikan, beliau mengingatkan kepada semua warga Institusi Penjara Taiping dapat bekerjasama di antara satu sama lain dalam meningkatkan mutu serta kualiti kerja yang produktif demi memartabatkan Jabatan Penjara Malaysia. Konsep Motto Jabatan Mesra, Ikhlas dan Berbakti perlu diterapkan kepada semua kakitangan dalam menyampaikan mesej kepada orang awam iaitu Jabatan Penjara Malaysia sentiasa komited dalam memberi layanan dan keselamatan yang terbaik kepada penghuni. Majlis perhimpunan tersebut berakhir pada jam 8.00 pagi.


""