| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sentuhan Rohani Bersama Bahagian Agama Penjara Malaysia (BAPEM) Peringkat Penjara Sungai Buloh

Program Sentuhan Rohani Bersama Bahagian Agama Penjara Malaysia (BAPEM) Peringkat Penjara Sungai Buloh telah diadakan pada hari Jumaat, 26 Januari 2018. Antara pengisian ialah Slot Kerohanian Bersama Kakitangan Dan Anggota, Ceramah Agama Bersama Tahanan Radikal, Tausiyyah Kerohanian Bersama Banduan Blok Akhir, Mini Forum Hal Ehwal Islam Bersama Penghuni serta Tazkirah Jumaat Bersama Penghuni yang disampaikan oleh TKP Ariffin Bin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Agama Penjara Malaysia (BAPEM). Program ini juga turut dihadiri oleh TKP Abd. Kadir Bin Rais, Pengarah Penjara Sungai Buloh, Encik Abdul Hafiz Bin Mohmad Zakuan, Ketua Bahagian Pengurusan Penjara Sungai Buloh, Pegawai Bahagian Agama Penjara Malaysia (BAPEM) dan Pegawai Hal Ehwal Islam daripada Pusat Koreksional Puncak Alam. Program bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 2.30 petang.


""