| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Ramah Mesra Tahun Baru 2018 Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Jasin, Melaka Dengan Kerjasama Persatuan Budidaya, Penyayang dan Kesyukuran Malaysia

Pada 22 Januari 2018 (Isnin), Unit Pemulihan dan Rawatan, Pusat Koreksional Jasin (Sekolah Henry Gurney Jasin) telah menganjurkan Program Ramah Mesra Tahun Baru 2018 Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Jasin, Melaka Dengan Kerjasama Persatuan Budidaya, Penyayang dan Kesyukuran Malaysia.
Turut hadir bersama memeriahkan program tersebut adalah PP Mohd Saifullah Bin Md Akhir, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, TPP Aswari bin Che Ibrahim  serta kakitangan dan penghuni Pusat Koreksional Jasin, Melaka.

Dalam program tersebut, Persatuan Budidaya, Penyayang dan Kesyukuran Malaysia telah sudi memberi sumbangan makanan untuk semua penghuni Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Program ini juga turut dimeriahkan dengan beberapa persembahan dari penghuni seperti nyanyian karaoke, nyanyian akustik, sajak, tarian shuffle serta persembahan seni mempertahankan diri muay thai.


""