| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Bola Tampar Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2018

Pada 19 hingga 21 Januari 2018 telah berlangsung Kejohanan Bola Tampar Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2018 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban Negeri Pulau Pinang. Kejohanan anjuran Majlis Sukan Penjara Malaysia ini dikelolakan bersama oleh Pejabat Penjara Negeri Pulau Pinang, Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang dan Penjara Reman Pulau Pinang. Sebanyak (13) pasukan telah menghantar penyertaan antaranya adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor ?A?, Selangor ?B?, Melaka, Negeri Sembilan, Johor ?A?, Johor ?B?, Pahang, Terengganu dan Kelantan dimana Pasukan Selangor 'A' berjaya mengekalkan kejuaraan selama (7) musim berturut-turut diikuti Johor 'A' selaku Naib Johan dan Ketiga Bersama disandang oleh Pasukan Johor 'B' dan Melaka. Selain itu turut disampaikan hadiah iringan kepada pemain iaitu Spiker Terbaik ? WP 22157 Mohamad Khairuddin bin Ridzwan - Johor 'A',   Receiver  Terbaik ? KPL 13635  Mohd Zahiri bin Shibab - Selangor 'A' dan  Setter Terbaik - KIP Farit bin Hj. Salleh - Selangor 'A'. Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. KP Ahmad Faudzi bin Awang mewakili YBhg. Dato? Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia merangkap Yang DiPertua Majlis Sukan Penjara Malaysia. Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah  TKP Ibrisam bin Abdul Rahman, Exco Majlis Sukan Penjara Malaysia selaku Pegawai Sukan Jabatan, TKP Roslan Bin Hj. Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, Pengarah-Pengarah Penjara Negeri dan Ketua Institusi Zon Utara,    PP Mohd Idlan bin Jamil, Setiausaha Kehormat Majlis Sukan Penjara Malaysia,  wakil Persatuan Bola Tampar Negeri Pulau Pinang, wakil Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, wakil Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan wakil EXPOAM Negeri Pulau Pinang.


""