| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Pelajar Universiti Malaysia Sabah Ke Unit Rawatan Dan Pemulihan Dadah(RPD), Penjara Kajang

Pada 09 Januari 2018 (Selasa), Unit Rawatan dan Pemulihan Dadah (RPD) telah menerima lawatan daripada pelajar Universiti Malaysia Sabah yang mengikuti Pengajian Sarjana Penyalahgunaan Dadah (SPADA). Ia  merupakan satu slot yang perlu diikuti semua pelajar yang mengikuti pengajian ini. Lawatan ini terdiri dari 15 orang pelajar diiringi oleh TPP Azrul bin Azizi dan IP Sohedi bin Ismail. Lawatan ini lebih memfokus Program Pemulihan dalam penjara terutama program TC yang berkaitan penyalahgunaan dadah. Pelajar telah diberikan taklimat dan dibawa melihat aktiviti program fasa I (Orientasi) di Padang Kawad dan  program fasa 2 serta 3 di Blok Cemerlang. Lawatan sebegini secara tidak langsung dapat memberi gambaran yang  jelas kepada  masyarakat tentang aktiviti pemulihan yang dijalankan di dalam tembok  penjara.


""