| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka

Bertempat di Dewan Serbaguna, Penjara Sungai Udang, Melaka pada 19.01.18 (Jumaat) merupakan detik bersejarah bagi semua warga kerja Penjara Sungai Udang di mana telah menerima seorang pengarah baru iaitu YDH TKP Noor Aziz bin Mohammad Noor bagi menggantikan mantan Pengarah Penjara Sungai Udang  YBhg. Datuk Nor Afifi bin Sulong. Majlis Serah Terima Tugas tersebut telah disaksikan oleh YBhg. Dato? Abdul Aziz bin Abdul Razak Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan Ibu Pejabat Penjara Malaysia.Turut hadir pada Majlis tersebut TKP Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka, YDH Haji Wahab bin Kassim Pengarah Penjara Negeri Johor, Pengarah-Pengarah dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Pengarah- Pengarah dan anggota seluruh Institusi Penjara Negeri Melaka dan Johor serta anggota Penjara Sungai Udang, Melaka. Selepas Majlis tersebut telah diadakan Majlis Paluan Berundur dan acara menanam Pokok  Melaka oleh Mantan Penjara Sungai Udang, Ybhg Datuk Nor Afifi bin Sulong telah diadakan bagi menghargai perkhidmatan YBhg Datuk sepanjang menerajui kepimpinan di Penjara Sungai Udang, Melaka.


""