| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Eksekutif Talk Bersama Pelatih KSTPP Dan KSMPP Maktab Penjara Malaysia

Pada 23 Januari 2018, telah berlangsung Majlis Eksekutif Talk KSTPP dan KSMPP bersama YBhg KJP Dato? Sri Hj Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia. Seramai 147 orang Pelatih yang terdiri daripada 27 berpangkat TPP dan 120 berpangkat IP bersama-sama warga kerja MPM telah menghadiri Eksekutif Talk tersebut bertempat di Dewan Kuliah Bourgenvilla.

Dalam Eksekutif Talk tersebut, YBhg KJP Dato? Sri Hj Zulkifli Bin Omar telah menyatakan cabaran-cabaran 2018 yang melibatkan KPI daripada Menteri Dalam Negeri dan Program-program Transformasi Rancangan Jabatan akan dilalui oleh semua warga Jabatan Penjara Malaysia. Menurut beliau juga, ada juga beberapa prinsip yang perlu dihayati oleh semua, antaranya kepatuhan kepada undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.


""