| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Januari 2018 Penjara Pusat Miri

Pada 15 Januari 2018, telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Penjara Pusat Miri bagi bulan Januari tahun 2018 bertempat di Dewan Serbaguna, Penjara  Pusat Miri yang telah disertai oleh seramai (80) orang pegawai dan kakitangan. Perhimpunan bermula  pada jam 7.00 pagi dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pengarah Penjara Pusat Miri, PKP Mohd Yunos Bin Mohd Salleh. Di samping menyampaikan Perutusan Tahun Baru 2018 Ketua Pengarah Penjara Malaysia, beliau turut menyempurnakan upacara penyampaian hadiah bagi Latihan Menembak Penjara Pusat Miri Tahun 2017, anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan bagi Bulan Ogos, Oktober, November dan Disember 2017, pemakaian pangkat Sarjan Mejar, Sarjan dan Koperal Penjara Hakiki serta Koperal Penjara (TBBK).


""