| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Januari 2018 Peringkat Penjara Sungai Petani

Pada 8 Januari 2018 (Isnin) jam 07.15 pagi telah diadakan Perhimpunan Bulanan Peringkat Penjara Sungai Petani, Kedah bertempat di Dataran Penjara Sungai Petani. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pengarah Penjara Sungai Petani, PKP Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar, diikuti dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Rosmizal bin Abdullah dan bacaan ikrar yang telah disempurnakan oleh Penguasa Mohd Nizar bin Abdullah. Susun atur majlis diteruskan dengan upacara pelancaran EKSA Penjara Sungai Petani dan penyampaian surat pelantikan jawatankuasa yang baru. Pengarah juga telah membacakan perutusan sempena Tahun Baru 2018 oleh Yang Berbahagia Komisioner Jeneral Penjara. Majlis diakhiri dengan gimik pelupusan artikel larangan dan jamuan ringan.



""