| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Seuntai Kasih Sempena Meraikan Persaraan Pengarah Dan Pegawai Penjara Sungai Udang, Melaka

Kelab Sukan Dan Kebajikan Pegawai Komplek Penjara Sungai Udang, Melaka telah mengadakan Majlis Makan Tengahari Seuntai Kasih Sempena meraikan persaraan YBhg. Datuk Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai  Udang, Melaka dan Pegawai serta anggota Penjara Sungai Udang, Melaka yang bersara. Majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Penjara Sungai Udang, Melaka pada 10.01.2018 ( Rabu) telah dihadiri oleh seluruh warga kerja Penjara Sungai Udang. Majlis secara santai tersebut bermula 11.30 pagi sehingga  04.00 petang dan sepanjang majlis tersebut, anggota boleh berjumpa  serta bergambar dengan YBhg. Datuk. Majlis pemotongan kek persaraan juga telah disempurnakan oleh Ybhg. Datuk dan sepanjang majlis tersebut telah dihiburkan dengan nyanyian dari kakitangan dan anggota Penjara Sungai Udang, Melaka.



""