| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jom Hijrah Jabatan Penjara Malaysia Dan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

Pada 28.12.2017 (Khamis) bersamaan 9 Rabiul Akhir 1439H, pihak Jabatan Penjara Malaysia bersama-sama dengan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan telah mengadakan program Jom Hijrah di Penjara Kajang, Selangor. Pihak lain yang turut sama berganding bahu menjayakan program ini ialah TV Alhijrah yang membuat liputan khas dan Bank Muamalat selaku pihak yang memberi sumbangan kewangan kepada program ini.

Tetamu jemputan yang hadir ke majlis ini dari pihak Jabatan Penjara adalah Ketua Pengarah Penjara Malaysia, YBhg. KJP Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar, Pengarah Penjara Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, TKP Darussalam bin Budin,  Pengarah Penjara Kajang, TKP Abdul Halim bin Ma Hasan, Pengurusan Tertinggi Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan pegawai kanan dari institusi zon tengah. Manakala pihak Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan diketuai oleh Mufti Wilayah Persekutuan, SS Dato? Dr. Zulkifli bin Muhamad Albakree, Timbalan Mufti, Ustaz Hashim bin Saleh dan beberapa orang pegawai. Di samping itu terdapat juga beberapa wakil daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad serta TV Alhijrah.

Program berlangsung di tiga lokasi secara serentak, iaitu di padang utama dengan jumlah penghuni beragama Islam pelbagai kategori seramai 1,000 orang, di dewan AB dengan banduan Akhir seramai 80 orang dan di Surau At-Taqwa dengan banduan pelbagai kategori seramai 200 orang.

Program di Dewan AB adalah ceramah dan tazkirah daripada SS Dato? Mufti Dr. Zulkifli, Timbalan Mufti dan lain-lain pegawai daripada Jabatan Mufti. Program di padang utama pula berupa forum oleh pegawai daripada Jabatan Mufti dan dialog ?Anda Tanya Mufti Jawab? bersama SS Dato? Dr. Zulkifli bin Muhammad Albakree. Manakala pengisian di Surau At-taqwa adalah berbentuk halaqah (kumpulan kecil) untuk berbincang mengenai permasalah solat, wudhuk dan qiraat Al-Qur?an.

Kemuncak kepada program adalah majlis penutupan dilakukan di Surau At-Taqwa pada jam 12.45. Pihak SS Mufti Wilayah Persekutuan mewakili Jabatan Mufti turut menyerahkan sumbangan berupa kitab terbitan terbaharu Jabatan Mufti, iaitu kitab ?Matlaul Badraini? edisi baharu kepada Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Majlis berakhir dengan solat Zohor berjamaah bersama-sama banduan yang terlibat yang diimamkan oleh SS Mufti Wilayah Persekutuan.


""