| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Sambil Belajar Pelajar Universiti Malaya (UM) Ke SHG Telok Mas

Persatuan Pembimbing Rakan Siswa Kolej Kejururawatan Kolej Sains Kesihatan Pusat Perubatan Universiti Malaya  telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka pada 28 Disember 2017 (Khamis). Delegasi lawatan diketuai Puan Haslinda Binti Othman, Pensyarah Kolej Sains Kesihatan Pusat Perubatan Universiti Malaya  bersama 6 orang pegawai dan 16 pelajar. Tujuan program lawatan diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai fungsi dan peranan Jabatan Penjara dalam aspek kesihatan disamping  melihat program pemulihan yang dilaksanakan di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka dalam pembentukan sahsiah dan keperibadian penghuni. Aturcara dimulakan dengan taklimat pengurusan Sekolah Henry Gurney, serta lawatan ke Klinik Kesihatan yang diseliakan oleh Dr Ayuwati Binti Mohd Ali Pegawai Perubatan SHG.


""