| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Jalinan Kasih Sempena Krismas Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Jasin, Melaka Tahun 2017

Pada 27 Disember 2017 (Rabu), bertempat di hadapan Pintu Utama, Unit Pemulihan Dan Rawatan, Pusat Koreksional Jasin (Sekolah Henry Gurney Jasin) telah mengadakan  Program Jalinan Kasih Sempena Krismas  Peringkat  Penghuni Pusat Koreksional Jasin (Sekolah Henry Gurney Jasin). Program ini melibatkan 6 orang penghuni dan 15 ahli keluarga telah berlangsung dalam suasana meriah dan lancar. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran TPP Aswari Bin Che Ibrahim, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan Pusat Koreksional Jasin bersama dua orang wakil dari Prison Fellowship Malaysia.  Majlis dimulakan dengan ucapan wakil pengarah TPP Aswari Bin Che Ibrahim dan wakil penghuni. Turut diadakan permainan musang berjanggut di antara ahli keluarga penghuni dan persembahan nyanyian oleh penghuni. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar penghuni bersama ahli keluarga. Objektif program ini bertujuan untuk memberi kesempatan dan juga  peluang kepada penghuni untuk berjumpa dengan keluarga dan merasai sendiri sambutan Krismas bersama keluarga disamping merapatkan hubungan kekeluargaan. Melalui sokongan dan nilai kasih sayang yang ditunjukkan oleh pihak ahli keluarga diharap akan memberi semangat serta dorongan kepada penghuni untuk meneruskan program-program pemulihan di dalam penjara.


""