| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penganugerahan Pingat KomisionerJeneral Penjara dan Pingat Jasa Penjara Zon Utara 2018

Pada hari Sabtu, 21 Julai 2018 bertempat di Dewan Permata, Pusat Latihan Anti Dadah Kebangsaan Sungai Petani,telah diadakan Majlis Penganugerahan Pingat Komisioner Jeneral Penjara dan Pingat Jasa Penjara Zon Utara 2018. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia KJP Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia.  Turut hadir pada majlis tersebut ialah KP Supri bin Hashim, Timbalan Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan, TKP Mohd Sabri bin Yaacob Pengarah Penjara Negeri Kedah, Pengarah-pengarah Penjara Zon Utara dan Ketua-ketua Institusi Penjara Zon Utara.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pengarah Penjara Negeri Kedah dan Penganugerahan Pingat Komisioner Jeneral Penjara Kelas Pertama, Pingat Komisioner Penjara Kelas Kedua dan Pingat Jasa Penjara melibatkan seramai 42 orang Pegawai Kanan Jabatan, Pegawai Awam dan pegawai lain-lain pangkat. Majlis diakhiri dengan Yang Berbahagia Dato? Sri menyampaikan ucapan dan amanat seterusnya sesi bergambar bersama penerima pingat serta tetamu yang hadir.


""