| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ceramah Agama Islam Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu 2018

Pada 26 Julai 2018 (Khamis), Unit Agama, Penjara Wanita Kota Kinabalu telah mengadakan Ceramah Agama Islam yang bertajuk ?Wanita Sihat Peneraju Keluarga Bahagia? bertempat di Dewan Rafflesia, Sekolah Integriti Wanita Kota Kinabalu.

Ceramah telah disampaikan oleh Ustazah Fatin Adilah binti Hj Mohd Saufee, Pegawai Dakwah daripada Yayasan Dakwah Islamiah Zon Sabah. Objektif ceramah diadakan bertujuan untuk memberi pendidikan tentang penjagaan kesihatan wanita berlandaskan Islam. Penglibatan penghuni adalah seramai 103 orang yang terdiri daripada banduan sabitan, reman dan banduan muda. Ceramah telah berlangsung bermula pada jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dan disempurnakan dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh IP Valerie Udi, Pegawai Unit Pemulihan dan Pendidikan.


""