| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perasmian Program Mesej Dari Penjara Dan Infokraf Peringkat Zon Utara 2018 Jabatan Penjara Malaysia

Pada 25 Julai 2018 (Rabu) bertempat di Megamall Pinang Shopping Complex, Perai, Pulau Pinang telah berlangsung Majlis Perasmian Program Mesej Dari Penjara Dan Infokraf Peringkat Zon Utara 2018 Jabatan Penjara Malaysia. Majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Satees A/L Muniandy, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bagan Dalam bagi mewakili Ketua Menteri Pulau Pinang. Turut hadir bersama YBhg. Dato? Haji Nordin bin Hj. Muhammad, Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan, YBhg. Dato? K.Pulayantran selaku Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF), TKP Roslan bin Hj. Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan, Pengarah-Pengarah Institusi Zon Utara, pelbagai agensi luar dan jabatan kerajaan turut hadir. Turut ditampilkan persembahan Kumpulan Anak Seni Mutiara, buskers dan artis jemputan. Pelbagai Program Mesej Dari Penjara disampaikan oleh banduan yang terdiri daripada sketsa keinsafan sang pendosa, persembahan sajak akulah sang pendosa dan success story oleh bekas Orang DiParol (ODP) En. Sirhan Khan bin Abd. Hamid. Program ini bertujuan untuk menjelaskan peranan Jabatan Penjara Malaysia secara berterusan dalam usaha pemulihan insan. Disamping memberi pendidikan kepada masyarakat agar menjauhi perbuatan jenayah.


""