| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Jasin, Melaka Tahun 2018

Pada 09 Julai 2018 (Isnin), bertempat  di hadapan Pintu Utama Unit Pemulihan Dan Rawatan, Pusat Koreksional Jasin (Sekolah Henry Gurney Jasin) telah mengadakan  Program Jalinan Kasih sempena Hari Raya Aidilfitri 2018 Peringkat  Penghuni Pusat Koreksional Jasin (Sekolah Henry Gurney Jasin). Program telah melibatkan 15 orang penghuni dan 68 ahli keluarga telah berlangsung dalam suasana meriah dan lancar. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran PKP Noratimah Binti Abu Bakar, Pengarah Pusat Koreksional Jasin bersama PP Saifullah Bin Md Akhir  Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin dan TPP Aswari Bin Che Ibrahim. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah dan wakil penghuni. Turut diadakan pertandingan anyaman ketupat antara ahli keluarga penghuni serta persembahan nyanyian dan sketsa oleh penghuni. Objektif program ini bertujuan untuk memberi kesempatan dan juga  peluang kepada penghuni berjumpa dengan keluarga dan merasai sendiri sambutan Hari Raya Aidilfiltri bersama keluarga disamping merapatkan hubungan kekeluargaan. Melalui sokongan dan nilai kasih sayang yang ditunjukkan oleh pihak ahli keluarga diharap akan memberi semangat serta dorongan kepada penghuni untuk meneruskan program-program pemulihan di dalam penjara.


""