| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Latihan Kemahiran Menembak

Latihan Kemahiran Menembak tahunan bagi Institusi Penjara Limbang telah diadakan pada  5 dan 6 Julai 2018,  bertempat di Lapang Sasar PDRM Limbang, Sarawak. Seramai 136 orang kakitangan uniform terlibat dalam latihan ini yang dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut Divisyen. Divisyen A pada 5 Julai 2018 manakala Divisyen B pada 6 Julai 2018. Simbolik perasmian latihan menembak ini telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Limbang, PKP Mohd Izhar Bin Haji Yahya. Antara senjata yang digunakan adalah seperti Raifle Colt M16, HK MP5, Smith and Wesson MP9 serta Pump Gun. Latihan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan anggota untuk mengendalikan senjatapi sewaktu bertugas.


""