| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Audit Pensijilan Ms Iso 9001:2015 SHG Telok Mas Melaka

Pada 28 dan 29 Jun 2018, SIRIM telah membuat Audit Pensijilan MS ISO 9001 : 2015 di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Mesyuarat Pembukaan telah dipengerusikan oleh PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Seramai 3 orang auditor hadir diketuai En Muhammad Fadhlullah Bin Rahmat dari Sirim Qas International Sdn Bhd. Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka komited ke arah Pensijilan MS ISO 9001:2015  setelah versi lama MS ISO 9001 : 2008 akan tamat tempoh pada 14 September 2018. Usaha telah dilakukan bagi menerapkan budaya kerja yang selari dengan kehendak MS ISO 9001:2015.


""