| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Seindah Rasa Gawai Raya Jabatan Penjara Malaysia Negeri Sarawak Tahun 2018

Pada 13 Julai 2018 (Jumaat), Majlis Seindah Rasa Gawai Raya Jabatan Penjara Malaysia Negeri Sarawak Tahun 2018 telah berlangsung pada jam 7.30 malam bertempat di Dataran Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Majlis telah dihadiri oleh TKP Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak serta Isteri Puan Aemyzarina binti Haji Badrin, Pengerusi PERSIAP Penjara Negeri Sarawak, PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak serta Isteri Puan May Ariani binti Ahmad Biary, Timbalan Pengerusi PERSIAP Penjara Negeri Sarawak, Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Sarawak, Encik Encik Halik Azrul bin Omar, Penolong Pengurus Cawangan Bank Rakyat Padawan dan anggota institusi Penjara Sarawak serta keluarga. Ucapan Aluan telah disampaikan oleh PP Supian bin Kamarudin, selaku Penyelaras Majlis. Diantara susun atur acara pada malam tersebut adalah Persembahan Nyanyian oleh Anggota dan Anak-Anak Anggota, Cabutan Tiket Bertuah, Sumbangan Wang Zakat kepada institusi Penjara Sarawak dan Penyampaian Buku Seminar UPSR DIDIK kepada anak-anak anggota telah disampaikan oleh Bank Rakyat Cawangan Kota Padawan.


""