| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penjara Taiping Tahun 2018

Pada 28 Jun 2018 (Khamis), bertempat di  ruang legar UKP Penjara Taiping telah diadakan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Aturcara program dimulakan dengan ucapan aluan oleh PKK Charin Promwichit. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni yang terpilih merayakan perayaan Aidilfitri bersama ahli keluarga mengikut syarat yang ditetapkan oleh Jabatan. Terdahulu di luar Penjara, semua keluarga yang terlibat telah diberikan taklimat ringkas berkaitan peraturan-peraturan Penjara serta keselamatan yang perlu dipatuhi semasa perjumpaan. Seramai 27 orang penghuni dan 119 ahli keluarga telah terpilih menjayakan program ini. PKK Charin Promwichit serta kakitangan turut bersama-sama mengambil gambar kenangan dengan ahli keluarga yang hadir, dan beramah mesra bersama keluarga penghuni.


""