| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Dari Unit Kawalan TIBI Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Ke Penjara Sungai Udang, Melaka

Bagi memastikan kesihatan banduan dan penghuni di Penjara Sungai Udang, Melaka dalam keadaan baik dan mencegah dari merebaknya penyakit berjangkit beberapa pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (Unit TIBI/Kusta) telah mengadakan lawatan dan perbincangan mengenai penyakit TIBI. Lawatan yang telah diadakan pada 18.07.2018 ( Rabu ) diketuai oleh Dr. Salinah binti Omar Ketua Unit Tibi / Kusta Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah disambut oleh PP Ismawi bin Sulong yang mewakili YBrs.TKP Noor Aziz bin Muhammad Noor Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka. Dalam perbincangan tersebut pelbagai maklumat dan perkara telah di bincangkan bagi mencegah pelularan wabak penyakit tibi di kalangan banduan serta anggota.


""