| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan Tahunan Kadet Koreksional Jabatan Penjara Malaysia Kali ke-9 Tahun 2018

PERLIS ? 13 Julai 2018, Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan Tahunan Kadet Koreksional Jabatan Penjara Malaysia Kali ke-9 Tahun 2018 telah diadakan di Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato? Jamaludin bin Saad, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan). Turut hadir adalah Tn, Hj Rahim bin Mohamad, Penolong Pengarah Pentadbiran Pusat Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Pengarah Keselamatan dan Inteligen, Pengarah Pembangunan Profesionalisme dan pengarah-pengarah institusi Penjara serta jemputan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Majlis perasmian penutupan ini diadakan sempena program perkhemahan tahunan Kadet Koreksional yang berlangsung selama 4 hari di kem tersebut. Program anjuran Bahagian Pembangunan Profesionalisme, Ibu Pejabat Penjara Malaysia bersama Kementerian Pendidikan Malaysia ini telah dikelola oleh Pusat Koreksional Perlis dan Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Program ini telah melibatkan seramai 360 orang pelajar dan 40 orang guru dan jurulatih daripada 12 kontingen iaitu negeri Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu,  Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Perlis dan Sarawak.

Pelbagai acara telah diadakan pada program tersebut seperti pertandingan kawat kaki, SENTAP, Kebudayaan dan program kemasyarakatan. Program kemasyarakatan telah dilaksanakan bersama Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dengan melibatkan keseluruhan peserta kadet koreksional, guru pengiring dan jurulatih dengan menanam 500 anak pokok bakau di Kompleks Makanan Laut (KOMALAUT).

Keputusan penuh pertandingan perkhemahan tersebut adalah seperti berikut :

 REMPUH HALANGAN
1.    Johan ? PERLIS
2.    Naib. Johan ? NEGERI SEMBILAN
3.    Ketiga ? PAHANG
 KEBUDAYAAN
1.    Johan ? SARAWAK
2.    Naib Johan ? KELANTAN
3.    Ketiga ? JOHOR
 SENTAP (WANITA)
1.    Johan ? MELAKA
2.    Naib Johan ? SARAWAK
3.    Ketiga ? PERAK
 KAWAD BERPASUKAN
1.    Johan ? SELANGOR
2.    Naib Johan ? MELAKA
3.    Ketiga ? KEDAH
 SENTAP (LELAKI)
1.    Johan ? PERAK
2.    Naib Johan ? PERLIS
3.    Ketiga ? KEDAH
 KETUA PLATUN TERBAIK
1.    Johan ? TERENGGANU
2.    Naib Johan ? SELANGOR
3.    Ketiga ? MELAKA

JOHAN KESELURUHAN : MELAKA


""