| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Semulia Syawal, Seindah Lebaran Peringkat Kakitangan SHG Telok Mas, Melaka

Pada 06 Julai 2018 (Jumaat) - Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 Peringkat Kakitangan bertempat di Dataran SHG Telok Mas. Turut hadir memeriahkan majlis TKP Abdul Aziz Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka bersama-sama Ketua-ketua institusi Penjara Negeri Melaka. Atur cara majlis dimulakan dengan pertandingan Gerai Tercantik, Persembahan Dari Kumpulan ?The Keys?, Penyampaian Duit Raya Kepada Anak-Anak Kakitangan Dan Cabutan Bonanza. Penyampaian Hadiah Gerai Tercantik dan Cabutan Bonanza telah disempurnakan oleh TKP Abdul Aziz Bin Mohamad dan PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah SHG Telok Mas.


""