| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Ketua-Ketua Institusi Bil.1 tahun 2018 Jabatan Penjara Malaysia

Mesyuarat Ketua-Ketua Institusi Bil.1 tahun 2018 Jabatan Penjara Malaysia telah diadakan dari 23 hingga 26 Jun 2018 bertempat di Mess Pegawai, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Mesyuarat ini dianggotai oleh 89 orang pegawai terdiri daripada Pengurusan Tertinggi, Pengarah-Pengarah Bahagian, Timbalan-timbalan Pengarah Bahagian, Pengarah-Pengarah Penjara Negeri, Pengarah-Pengarah Institusi dan Wakil Kementerian Dalam Negeri.

Mesyuarat dimulakan dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh YBhg. Dato? Seri Alwi bin Haji Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada 23 Jun 2018 jam 2.30 petang. Majlis telah diserikan dengan pemakaian Pingat Perkhidmatan Setia, Pingat Komisioner Jeneral Penjara Kelas pertama, Pingat Komisioner Jeneral Penjara Kelas Kedua, Pingat Jasa Penjara, Pingat Setia Penjara dan Pingat Cemerlang Penjara kepada pegawai/anggota jabatan yang dipilih. Anugerah Kualiti dan Inovasi 2017 Jabatan Penjara Malaysia juga telah disampaikan semasa majlis terserbut.

Mesyuarat pula telah diadakan dari 24 hingga 26 Jun 2018. Pengisian mesyuarat pada kali ini merangkumi pembentangan maklum balas Mesyuarat Ketua-Ketua Institusi Bil.2 Tahun 2017 oleh Setiausaha Mesyuarat, pembentangan Sektor Keselamatan dan Koreksional, pembentangan Sektor Pengurusan, pembentangan Bahagian Dasar Kepenjaraan, BAPEM, Unit Integriti dan Unit Perundangan. Majlis telah diakhiri dengan sesi penggulungan MKKI Bil.1 Tahun 2018 yang dipengerusikan oleh YBhg. KJP Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara pada 26 Jun 2018.


""