| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional) ke Penjara Sungai Petani Sempena Mesyuarat Transisi Zon Utara Jabatan Penjara Malaysia

Pada 5 Julai 2018 (Khamis) telah diadakan Mesyuarat Transisi Zon Utara Jabatan Penjara Malaysia bertempat di Bilik Mesyuarat Penjara Sungai Petani. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. TKJP Dato? Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional) dan dihadiri oleh wakil Bahagian Dasar Kepenjaraan, Bahagian Pengurusan Banduan, Bahagian Keselamatan dan Inteligen Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Pengarah-pengarah Penjara Negeri Zon Utara dan Ketua-ketua Institusi Penjara Zon Utara.

Pada sebelah pagi, YBhg. Dato? telah mengadakan lawatan ke dalam Penjara Sungai Petani diiringi oleh Pengarah Penjara Negeri Kedah dan Pengarah Penjara Sungai Petani. Dalam lawatan tersebut, YBhg. Dato? telah dibawa melihat perjalanan program pemulihan penghuni di bengkel-bengkel, program kawad kaki dan aktiviti kerohanian di surau. YBhg. Dato? juga telah dibawa melihat perjalanan program persekolahan di Sekolah Integriti Sungai Petani.


""