| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Kawad Kaki Dan Sentap Peringkat Negeri Perak

03 Julai 2018 (Selasa), Institusi Pusat Koreksional Kamunting dengan kerjasama SMK Bukit Jana Kamunting telah menganjurkan pertandingan kawad kaki dan Sentap peringkat Negeri Perak yang melibatkan lima (5) buah sekolah. Pertandingan berlangsung selama satu hari di Pusat Latihan Pegawai Penjara Taiping (PLPP) dengan tiga (3) kategori yang dipertandingkan iaitu kawad kaki berpasukan, kawad individu, dan juga Sentap (lelaki dan wanita). Majlis Perasmian Penutupan telah dirasmikan oleh Timbalan Komisioner Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Negeri Perak dengan dihadiri oleh ketua-ketua institusi, wakil JPN, dan guru-guru. Johan keseluruhan telah dimenangi oleh SMK Bukit Jana dengan mendapat tempat pertama bagi kategori kawad kaki berpasukan, sentap lelaki dan juga wanita.


""