| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka

Kemeriahan  Sambutan Hari Raya Aidilfitri diteruskan dengan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Institusi Penjara Sungai Udang yang telah diadakan pada 04.07.2018 ( Rabu ) yang telah diadakan di Dewan Keris Laksamana, Penjara Sungai Udang, Melaka. Dalam Majlis tersebut turut dihadiri oleh YBrs KP Abdul Aziz bin Mohamad Pengarah Penjara Negeri Melaka dan pengarah Institusi Negeri Melaka yang telah disambut oleh YBrs TKp Noor Aziz bin Muhammad Noor pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka. Sambutan ini telah dihadiri seramai labih kurang 1,000 ahli keluarga anggota Penjara Sungai Udang dan jemputan wakil Institusi Penjara Negeri Melaka. Kemeriah sambutan tersebut lebih  apabila diadakan pertandingan booth tercantik, cabutan nombor bertuah, penyampaian duit raya kepada anak2 kakitangan dan pertandingan pakaian tercantik. Keputusan pertandingan booth tercantik adalah seperti berikut :

Tempat Pertama - Pejabat Rekod Lelaki dan Wanita
Tempat Kedua - Bahagian Pengurusan Wanita dan Klinik  
Tempat Ketiga - Bahagian Urusetia, Pejabat Perusahaan dan Vokasional Dan Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti
Tempat Keempat - Unit Keselamatan Fizikal dan Am
Tempat kelima - Unit Pembangunan
Tempat keenam - Unit Pelan Pembangunan Insan (PPI)  Dan Pentadbiran
Tempat Ketujuh - Unit KYKO, Latihan, Atur kerja dan kenderaan


""