| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penghuni Penjara Marang Tahun 2018

26 Jun 2018 (Selasa), Institusi Penjara Marang telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penghuni Penjara Marang, Terengganu bagi tahun 2018. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Penguasa Penjara Norimi Bin Ibrahim @ Mat Noor dengan diiringi Penolong Penguasa Penjara Roslan Bin Mohamed bersama beberapa anggota dari Unit Pembangunan Insan yang menjayakan program kali ini.

Seramai 10 orang penghuni terdiri daripada pelbagai kesalahan terlibat dalam program ini dengan dihadiri 25 orang ahli keluarga masing-masing. Majlis berjalan dalam suasana yang meriah namun ada juga  penghuni menitiskan air mata apabila berpeluang berjumpa keluarga secara bersemuka dengan mereka setelah sekian lama tidak berjumpa. Dengan kehadiran ahli keluarga di dalam program ini, secara tidak langsung dapat memberi sokongan dan membantu penghuni dalam menjalani program pemulihan di dalam tembok penjara sebelum mereka dibebaskan kelak.


""