| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Jalinan Kasih Gawai Raya bagi tahun 2018 bertempat di Tempat Jumpa Pusat Koreksional Bintulu

Pada 27 Jun 2018 (Rabu), Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Majlis Jalinan Kasih Gawai Raya bagi tahun 2018 bertempat di Tempat Jumpa Pusat Koreksional Bintulu. Seramai sepuluh (10) orang banduan dan lima (5) orang tahanan POCA telah terlibat yang turut dimeriahkan dengan kehadiran seramai tujuh puluh lima (75) orang ahli keluarga penghuni. Majlis juga telah disempurnakan dengan kehadiran Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, PKP Rahmat Bin Abdul Rani. Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan wakil daripada penghuni, ucapan Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, jamuan makan dan akhir sekali sesi beramah mesra di antara penghuni, keluarga penghuni serta kakitangan yang terlibat. Majlis telah dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.


""